twitter
rss

1. Sentiasa ingatkan anak untuk membaca dar kiri ke kanan. (akan bersambung)

Berikut merupakan tips mengajar anak menulis daripada seorang pakar Disleksia :

1. Ambil majalah lama (bukan surat khabar), latih anak untuk mengoyakkan helaian demi helaian kertas.

2. Setelah mengoyak, gumpal kertas dan picit-picit sehingga halus.

3. Buat permulaan , ajar anak untuk memegang pensel yang lebih besar.

4. Boleh juga guna span, minta anak-anak untuk mengoyakkan cebisan span tersebut.

Ini adalah bertujuan membina dan menguatkan lagi penggunaan motor kasar dan motor halus murid.
Semoga Berjaya!!!

HARI REHAT SABTU ATAU HARI REHAT KHAMIS
BAGI SEKTOR AWAM
TUJUAN
1.     Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kemudahan Hari Rehat Sabtu atau Hari Rehat Khamis, mana yang berkenaan, setiap bulan bagi sektor awam dan kaedah pelaksanaannya di seluruh negara.
LATAR BELAKANG
2.     Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan satu masyarakat penyayang, Kerajaan telah memutuskan supaya satu hari Sabtu setiap bulan dijadikan hari cuti bagi sektor awam. Cuti ini merupakan satu kemudahan hari rehat baru yang berbeza dari Hari Kelepasan Am dan Hari Rehat Mingguan kerana masa yang digunakan untuk kemudahan tersebut perlu diganti. Kemudahan ini diberi dengan harapan ianya dapat menggalakkan anggota di sektor awam menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan melancong dalam negeri.
PELAKSANAAN
3.     Kemudahan hari rehat ini dinamakan Hari Rehat Sabtu dan ditetapkan pada hari Sabtu pertama setiap bulan bagi negeri yang mengamalkan Hari Bekerja Separuh pada hari Sabtu. Bagi negeri yang mengamalkan Hari Bekerja Separuh pada hari Khamis, kemudahan hari rehat ini ditetapkan pada hari Khamis pertama setiap bulan dan dinamakan Hari Rehat Khamis.
4.     Sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Rehat Sabtu atau Hari Rehat Khamis, maka hari Sabtu atau Khamis berikutnya dijadikan Hari Rehat Sabtu atau Hari Rehat Khamis, mana yang berkenaan, bagi bulan berkaitan.
5.     Kemudahan ini perlu diganti dengan meminda Waktu Pejabat iaitu menambah sebanyak 15 minit sehari pada Hari Bekerja Penuh dan mengurangkan 7 minit sehari pada Hari Bekerja Separuh.
6.     Waktu Pejabat baru bagi negeri yang mengamalkan Hari Rehat Sabtu adalah seperti berikut -
Isnin - Jumaat
0800 -1630
Sabtu0800 -1238
7.     Waktu Pejabat baru bagi negeri yang mengamalkan Hari Rehat Khamis adalah seperti berikut -
Sabtu - Rabu
0800 - 1615
Khamis0800 - 1238
8.     Hari Rehat Sabtu atau Hari Rehat Khamis hanya terpakai bagi anggota sektor awam yang bekerja lima Hari Bekerja Penuh dan satu Hari Bekerja Separuh dalam seminggu.
9.     Bagi anggota sektor awam yang diarah bertugas lebih masa pada Hari Rehat Sabtu atau Hari Rehat Khamis, mana yang berkenaan, pengiraan Bayaran Lebih Masa hendaklah mengikut kadar gandaan Hari Rehat Mingguan.
10.   Hari Rehat Sabtu bagi anggota yang mengamalkan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1998.
TARIKH KUATKUASA

11.     Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1999.
PEMAKAIAN
12.     Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(DATUK SAMSUDIN BIN OSMAN)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
 
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 
16 Disember 1998

Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan